Sunday, January 30, 2011

PENTINGNYA IMPIAN...........

            Mengapa IMPIAN itu pentig........ Apakah impian itu sebenarnya,,,,? Anda semua pasti sangat2 memahami apakah maksud impian...... Dan yang pasti setiap dari kita memang ada impian........ Impian yang kita impikan setiap masa dan saat dalam kehidupan kita.... Namun ada yang tidak berani berimpian mungkin disebabkan ketidakupayaan mereka ataupun tiada impian langsung dek kerana telah berpuas hati dengan apa yang ada pada mereka......


            Padaku impian itu sangat2 penting...... kerana dari impian itulah biasanya kita berupaya menggerakkan minda kita dan seterusnya melakukan tindakan untuk mencapai impian tersebut. Dari sekecil2 impian kemudian cuba membesarkan impian tersebut..... Namun dalam apa jua yang kita usahakan memang sangat2 banyak cabarannya. Dari pengalamanku sendiri, aku terkadang memang merasakan kepayahan untuk menjangkau impianku sendiri...... Namun yang pasti aku kan tetap berusaha memenuhi impianku...... 

           Untuk meraih kejayaan dalam bidang perniagaan, banyak rintangan dan dugaannya..... Namun aku yakin kerana.dari sebuah  hadis ada mengatakan bahawa Rasulullah memberi jaminan bahawa rezeki itu 9/10  itu datangnya dari berniaga......  Aku selalu menyakinkan diriku sendiri walau sesukar mana sekalipun aku akan mencubanya.

           Sehebat manapun seseorang itu pastinya sejarah perjuangan kehidupannya bukan melalui jalan yang mudah..... melainkan kalau sememangnya dia dilahirkan sebagai jutawan..... Laluan kehidupannya mungkin agak mudah tapi dia masih jua berhadapan dengan masalah lain walau bukan dari segi kewangan..... Dan aku sebagai salah seorang makhluk di bumi Allah ini seharusnya bersyukur dengan segala nikmat anugerah Illahi ini.......Cuma aku kan lebih berusaha untuk memanafaatkan peluang yang ada pada sisa2 usiaku selepas ini dengan berjuang merealisasikan impian yang masih ingin kugapai ini.....

Cikrose


           Seterusnya aku melihat Cikrose adikku sendiri sebagai insan yang sangat2 bermotivasi dalam meraih impiannya. Aku terkadang merasakan aku sendiri tidak mampu untuk jadi sepertinya...... Tapi yang pasti impianku tidak akan pernah padam. Dan impian inilah yang masih menguatkan usahaku dan suami dalam mengenggam sebuah kejayaan. Impian ini jugalah yang pasti akan memacu perjuangan kami selepas ini..... InsyaAllah.....

           Apa yang ingin kukongsikan dengan anda menerusi coretanku kali ini adalah sesuatu yang simple tapi sangat2 penting sebenarnya..... Kita kena PASTI dengan impian kita selepas ini kerana dari impian kita itulah kita pasti akan melakukan perubahan dalam kehidupan kita ini. Sekiranya anda belum memiliki impian maka berimpianlah sekarang. Dari impian andalah anda akan jadi insan2 yang cemerlang dan terbilang dalam bidang anda masing2.......

          Untuk jadi HEBAT pastinya dengan usaha yang hebat juga, untuk jadi yang terbaik pastinya nilai2 diri yang positif dan terbaik mesti ada dalam diri kita. Inilah yang cuba aku gapai dalam keluarga kami..... Aku yakin kejayaan menanti kami di hujung perjalanan perjuangan kami ini yang sebenarnya tidak akan bertitik noktah sehinggalah ke akhir nafas kami....... InsyaAllah.


Untuk rujukan bersama ikuti tips2 menjadi insan cemerlang dalam blog Kisah & Teladan Insan Yang Bernama C Rose......

                                                                                                                                                                     



BERSAMA KITA BERIMPIAN DAN BERUSAHA MENGGAPAINYA


CORETANKU
MAMA SALWA

           
  

1 comment:

  1. Subhanallah Ma2 Salwa, Ika sangat terkesan sekali dengan semangat yan dimiliki Ma2...Seorng Ibu dengan 6 putra putri yang masih memiliki impian yang sangat besar dlam hidup. Dan menurut Ika itu adalah sesuatu yang luar biasa. Smoga Ma2 Salw bisa meraih semua mimpi ya..Amin..
    Salam kenal dari Ika. Silaturahmi juga ke blog Ika ya..^____^

    ReplyDelete