Friday, December 31, 2010

Hari ini dalam tahun yang baru...............

      Pada 1hb Januari 2011 ini aku ingin mengungkapkan rasa hati ini...... Alhamdulillah dengan limpahan rahmatmu ya Allah aku masih bernafas di bumi Mu ini...... Dengan apa yang kumiliki hari aku bersyukur ya Allah, suamiku sangat2 ikhlas menyayangiku...... Anak2 adalah segalanya yang sentiasa menjadi pendorongku dalam kehidupanku ini......

       Sesungguhnya setiap denyutan nafas ini bercerita , setiap kerdipan mata ini berkisah sepanjang liku kehidupanku memang dipenuhi rona warna kehidupan........ yang ceria, yang menyedihkan, yang mendebarkan......... yang pasti segalanya itu tidak pernah mematahkan semangatku untuk terus merintis kehidupan ini dan memastikan pengisian yang sempurna dalam ruang kehidupan yang masih bersisa ini.


     
Coretan 
Mama Salwa

1hb Jan.2011
      
   

Thursday, December 30, 2010

Kesihatan merupakan anugerah......

      Dewasa kini memang ramai yang mengakui bahawa kesihatan sangat2 penting,........ namun adakah mereka benar2 mementingkan dan menghargai kesihatan mereka sendiri...... Apa yang berlaku hari ini memang benar2 merisaukan.......

       Apa yang berlaku pada diriku dan keluargaku sebelum ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kita bersama.......   Aku mengalami sembelit sejak usiaku belasan tahun lagi,..... Masih ku ingat lagi sewaktu aku berada di tingkatan enam dulu, aku menetap di asrama...... Ketika itu bermula lah masalahku ini...... Disebabkan keadaan tandas yang kotor aku mula menahan *buang air besarku*........Lama kelamaan rupanya membawa padah pada diriku sehinggalah ketika aku berjaya menemui pentelesaiannya bila aku melibatkan diri secara serius dalam dunia ELKEN.......

        Aku sesungguhnya tidak mempedulikan masalahku itu sehingalah kemudiannya aku dihinggapi dengan masalah yang seterusnya........ Kalian pasti dapat meneka apakah problem yang ku maksudkan........ Migrain pulak menyerangku....... Selama berbelas tahun aku menderita ....... dan  timbul juga beberapa penyakit sampingan yang lain....... aku mengalami gastrik yang sangat2 serius, kembung perut dan alahan yang ketara....... Selama hampir 20 tahun aku seperti ketagihan ubat dan penahan sakit. Selama itu jugalah aku menjadi peminat setia gudang2 ubat dan farmasi........  Klinik2 dan hospital menjadi rutinku.....

         Setelah aku mengenali ELKEN dan mula mengamalkan PRODUK MRTnya Alhamdulillah.......... apa yang ku deritai mulai berkurangan...... Cubalah anda menilai dan memperhatikan apa yang kupaparkan di sini..... Adakah anda cukup PERIHATIN dengan masalah kesihatan ANDA ..........

Coretan,
Mama Saluwa

Saat ku mengenali Elken

  Masih kuingat lagi pada hujung tahun 2007, aku didatangi sahabat lama suamiku.  Aku rasa begitu bertuah kerana rupa2nya kedatangannya ternyata membawa seribu rahmat dan perubahan yang sesungguhnya tidak kusangka sama sekali dalam kehidupan kami sekeluarga.  Sebelum ini memang diriku dalam kemurungan yang ketara akibat penyakit2 yang kualami walaupun mungkin pada orang lain ianya tidaklahseparah mana tapi bagiku begitu terseksa kerama berpunca dari masalah kesihatanku ini ajku tidak bebas menikmati apa saja makanan yang kugemari. Aku terpaksa berpantang setiap masa....... kalau tidak derita la jawabnya...

     Anak2ku pun sering megalami masalah kesihatan yang  ketara walaupun bukan kronik tapi sangat2 meresahkan. Mereka sangat2 mudah demam, disertai batuk dan selsema. Akupun tidak menyangka rupa2nya apa saja masalah kesihatan kami ini rupa2nya berpunca dari sistem air minuman kami yang sangat2 kotor dan tercemar. Selama inipun kami tidak sedar akan kepentingan air dalam kehidupan
kami sehinggalah kami
Dipertemukan dengan ELKEN     

      Aku BERSYUKUR .........keraana aku diperkenalkan dengan alat PENULEN air dari syarikat ELKEN........ Sebelum itu aku menyangka bahawa semua alat penapis air di luar sana sama sahaja,.... tapi ternyata alat penulen air dari ELKEN  ini sangat2 berbeza sama sekali kerana KEMAMPUANNYA menghasilkan air yang sangat2 TULEN dan BERSIH..... Alhamdulillah

Coretan,
Mama Saluwa

Monday, December 27, 2010

Aku kesunyian...

Salam semua pembaca blogku..

Hari ni aku rasa seakan sangat sunyi tanpa kehadiran anak-anakku di sisi. Eh.. bukan apa, they all sekarang semuanya ada di Kuala Lumpur bersama makcik diaorang, Cikrose. Maklum lah cutisekolah pun dah nak berakhir. Jadi bagilah peluang pada anak2ku untuk bergumbira. Tapi x de lah semua yang pergi, hanya anak sulongku (Hidayah), anak ke-2 ku (Hafiz), anak ke-3 ku (Asyraf), dan anak ke-4 ku (Hazik). Yang 2 lagi tinggal bersamaku. Ehehe. Mujur lah ada permata 2 orang ni kat rumah. Kalau tidak alamat lagi la sunyi.

Asalnya kesunyianku ini di sebabkan suami ku telah pun pergi ke Batu Pahat untuk mesyuarat. Tu lah yang buatkan hati aku ni sangat sepi je. Kalau x selalu suara anak2 semua yang memecahkan keheningan halwa telingaku. Apa pun, aku tetap bersyukur pada mu Ya Allah kerana di berikan dan di kurniakan kehidupan yang sangat membahagiakan ini bersama suami tercinta serta anak-anak yang sangat memahami hati dan perasaan ibu bapanya. Terima Kasih Allah.

Utusan kerinduan dari anak2ku di Kuala Lumpur;

















alhamdulillah. Seronok nampaknya mereka di sana. Thanks to adik2 ku, cikrose & cik eL sebab sudi menemankan mereka berjalan2. Hanya Allah sahaja yang membalasnya. Ok lah. sekian saja ceritaku untuk hari ini. Semoga Allah melindungi mereka semua di sana. Amin.

Coretan,
Mama Saluwa

Permulaan coretanku di blog Mama

Assalamualaikum.

alhamdulillah pada hari ini aku berani menempuh segala dugaan hidup disamping diberikan segala rezeki yang melimpah ruah dibumi allah yang indah ini.impianku adalah berada di bumi anbiak iaitu berada di mesir yang aku belum pasti akan dapat menanganinya atau tidak,kerana disana sudah pasti aku merasai sesuatu keganjilan yang amat menyakinkan aku agar terus berjuang kerana aku tidak mahu keluargaku bersadih jika aku gagal mencapai segala cita citaku.



Hasil Nukilan,
Hafizh Cool