Thursday, February 3, 2011

HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN.......

            Cuaca buruk sejak akhir2 ini memang menggelisahkan..... Apa ke tidaknya, aku terfikir bagaimanakah nasib insan2 yang sedang melalui bencana banjir yang mereka lalui ketika ini. Kasihan mereka, walau apapun aku sangat2 bersyukur kepadamu Ya Allah, kerana aku sekeluarga masih dilindungi dari bencana2 alam seperti banjir dan sebagainya...... Aku berdoa mudah2an semua mangsa2 banjir dapat melalui segala kesukaran mereka dengan penuh kesabaran dan redha dengan ujian Allah ini.

            Sesungguhnya hidup ini memang penuh dengan ujian....... Yang penting sebagai insan dan hamba2 Allah, kita kena hadapi dengan perasaan tulus dan penuh keikhlasan. Semakin Allah menyayangi kita semakin besarlah ujian yang diberikan kepada kita..... Mengingati ini aku terasa insaf dan merasa sangat2 bersyukur kerana dari ujian inilah aku menerima kasihsayang Allah yang tidak ternilai..... Dan kesabaran merupakan kunci ketaqwaan dan keimanan.......


                                                                  
            Sesungguhnya hidup ini memang suatu perjuangan yang tidak ada sudahnya selagi kita masih bernyawa di bumi Allah ini. Dan demi perjuangan ini aku tidak akan pernah merasa jemu dan berputus asa.....  Seperti insan2 lain aku juga kan lakukan yang terbaik dan mengharapkan jua yang terbaik... Namun segalanya dalam genggaman Allah dan takdirNya....



            Mendengar alunan ayat2 suci yang dihafaz oleh anakku begitu sayu hati ini..... Tergambar aku betapa dalam kehidupan yang sementara saja ni, aku perlu melakukan sesuatu sbg persediaan sebelum aku melangkah pergi..... Untuk suami dan permata2 hatiku perjuangan ini perlu diteruskan. Aku perlu kuat, bersemangat dan cekal. Sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai kakak....... Aku cuba untuk tidak mengalah dan hanya mengharapkan takdir.


            Usaha, tekad dan kesabaran adalah kunci kejayaan dalam sesebuah perjuangan..... Doa pula kesinambungan sebuah pengharapan kepada Allah yang Maha Besar.... Bermunajat selalu di samping berserah setelah mencuba sedaya upaya......Keyakinan bahawa kejayaan kan menanti di hadapan sana.... Itulah sebuah tinta abadi hakikat hidupnya insan ini yang penuh rahsia. Allah mencintai insanNya yang tabah. Yang penting kita masih bisa tersenyum di kala kesulitan mencelah, masih bisa bernafas di kala sesak menusuk2...... dan happy walaupun terluka.


            Untuk semua, ayuhlah nikmati rentak kehidupan ini dengan penuh kesyukuran. Walau di mana kita, walau siapapun kita, hidup ini nikmat paling agung anugerah dari Allah. Hayati setiap nafas kita dengan tinta perjuangan yang masih belum bertitik noktah. 




CORETAN
MAMA SALWA

No comments:

Post a Comment