Monday, December 27, 2010

Aku kesunyian...

Salam semua pembaca blogku..

Hari ni aku rasa seakan sangat sunyi tanpa kehadiran anak-anakku di sisi. Eh.. bukan apa, they all sekarang semuanya ada di Kuala Lumpur bersama makcik diaorang, Cikrose. Maklum lah cutisekolah pun dah nak berakhir. Jadi bagilah peluang pada anak2ku untuk bergumbira. Tapi x de lah semua yang pergi, hanya anak sulongku (Hidayah), anak ke-2 ku (Hafiz), anak ke-3 ku (Asyraf), dan anak ke-4 ku (Hazik). Yang 2 lagi tinggal bersamaku. Ehehe. Mujur lah ada permata 2 orang ni kat rumah. Kalau tidak alamat lagi la sunyi.

Asalnya kesunyianku ini di sebabkan suami ku telah pun pergi ke Batu Pahat untuk mesyuarat. Tu lah yang buatkan hati aku ni sangat sepi je. Kalau x selalu suara anak2 semua yang memecahkan keheningan halwa telingaku. Apa pun, aku tetap bersyukur pada mu Ya Allah kerana di berikan dan di kurniakan kehidupan yang sangat membahagiakan ini bersama suami tercinta serta anak-anak yang sangat memahami hati dan perasaan ibu bapanya. Terima Kasih Allah.

Utusan kerinduan dari anak2ku di Kuala Lumpur;

















alhamdulillah. Seronok nampaknya mereka di sana. Thanks to adik2 ku, cikrose & cik eL sebab sudi menemankan mereka berjalan2. Hanya Allah sahaja yang membalasnya. Ok lah. sekian saja ceritaku untuk hari ini. Semoga Allah melindungi mereka semua di sana. Amin.

Coretan,
Mama Saluwa

No comments:

Post a Comment