Tuesday, February 8, 2011

PRODUK LITCHIN MEMANG HEBAT UNTUK PELANGSINGAN YG CEPAT

            Kembali ke ruangan bicaraku ini, ..... harap semuanya setia bersamaku.... Hari ini tersiar pula gambar adikku ROSHAINI di akhbar KOSMO.... Wah jelitanya dia bergaya setelah mendapat kembali berat badan idealnya..... Yang pasti itulah keberkesanan produk LITCHIN yang hebat TU.... Tentu dia gembira sekali dengan penampilan terbarunya setelah hampir tiga tahun dia mengalami kenaikan berat badan yang mendadak....                                                           
                                               Inilah adikku Roshaini sebelum mengambil produk Litchin
                                                                                                        
                                               Ini penampilannya selepas mengambil Litchin                                                                    
            Produk pelangsingan ini memang unik..... Sesiapa yang mengalami masalah kegemukan atau yang paling serius   OBESITI,  jangan la tunggu lama2...... Sebab apa tau.....Haa nanti akan ku beri tahu ya....Antara risiko kegemukan ni ialah, boleh menyebabkan :
            a) Tekanan mental.....apa taknya terfikir, ada ke orang suka kat aku ni.....ataupun ok ke aku mcm ni. ataupun lebih teruk hilang keyakinan diri.....Bahaya kan!....
            b) Badan berbau..... sebab tubuh badan dah menjadi kilang asid dan toksid. Itu yang jadikan situasi ini berlaku.
            c) Nafas Berbau...... sama dengan punca sebelum ini
            d) Mudah berpeluh..... 
            e) Kemalasan. Ini yang mampu menjejaskan aktiviti seharian kita..... Betul tak?
            f) Penyakit Kencing Manis (Diebetis)
            g) Penyakit jantung
            h) Penyakit Kardiovaskular
            i) Sesak nafas
So, fikir2kanlah..... Kini dah ada produk yang benar2 berkesan dan bermutu untuk segera menyelesaikan masalah berat badan berlebihan. Apa taknya dalam masa SEPULUH HARI saja tau!... anda akan mengalami penurunan asalkan ikut dietari yang diberikan dan sanggup minum air yang banyak sekurang2nya 3 liter sehari semalam....... Itu saja. Ayuhlah rakan2 di luar sana, jangan ragu2 dengan produk ini. Ia sangat2 bernilai untuk wang anda.

            Kesempatan yang Allah berikan kepada kita untuk menikmati kehidupan yang singkat ini seharusnya dipergunakan dengan semaksimum yang mungkin.... Sekiranya anda masih tertunggu2 dan ternanti2 untuk jadi kurus maka selama itulah anda akan terdedah pada risiko2 di atas. Dan yang menakutkan pelbagai penyakit2 yang merbahaya sedang menanti anda kerana situasi dalaman tubuh anda sudah berada di luar kawalan.....

            Sekarang terserah kepada anda untuk menentukan apa yang terbaik...... Sebaik2nya sebelum terlanjur ataupun terlewat maka bertindaklah dulu. Sebagai makhluk Allah di bumi ini aku cuba mengingatkan anda dan diriku sendiri bahawa selagi kita berkesempatan , selagi ada nyawa di badan kita sama2 cuba untuk lakukan yang terbaik pada diri kita  agar dapat mengecapi kebahagiaan di samping orang2 yang tersayang....
Jangan sia2kan masa anda yang ada ini.....

            Sebagai kesimpulannya, jangan sesekali anda berkata, biar " gemuk asal sihat", atau  "nak buat camna makan tak banyak pun badan naik jugak"........  Anda bukannya sihat kalau anda berada di paras berat badan berlebihan apalagi obesiti. Anda kena cari penyelesaiannya..... Jangan tunggu esok..... Ok...


PESANAN IKHLASKU
MAMA SALWA

SAYANGI TUBUH ANDA SEBELUM OBESITI MENJELMA DALAM KEHIDUPAN ANDA
              
                     

Thursday, February 3, 2011

HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN.......

            Cuaca buruk sejak akhir2 ini memang menggelisahkan..... Apa ke tidaknya, aku terfikir bagaimanakah nasib insan2 yang sedang melalui bencana banjir yang mereka lalui ketika ini. Kasihan mereka, walau apapun aku sangat2 bersyukur kepadamu Ya Allah, kerana aku sekeluarga masih dilindungi dari bencana2 alam seperti banjir dan sebagainya...... Aku berdoa mudah2an semua mangsa2 banjir dapat melalui segala kesukaran mereka dengan penuh kesabaran dan redha dengan ujian Allah ini.

            Sesungguhnya hidup ini memang penuh dengan ujian....... Yang penting sebagai insan dan hamba2 Allah, kita kena hadapi dengan perasaan tulus dan penuh keikhlasan. Semakin Allah menyayangi kita semakin besarlah ujian yang diberikan kepada kita..... Mengingati ini aku terasa insaf dan merasa sangat2 bersyukur kerana dari ujian inilah aku menerima kasihsayang Allah yang tidak ternilai..... Dan kesabaran merupakan kunci ketaqwaan dan keimanan.......


                                                                  
            Sesungguhnya hidup ini memang suatu perjuangan yang tidak ada sudahnya selagi kita masih bernyawa di bumi Allah ini. Dan demi perjuangan ini aku tidak akan pernah merasa jemu dan berputus asa.....  Seperti insan2 lain aku juga kan lakukan yang terbaik dan mengharapkan jua yang terbaik... Namun segalanya dalam genggaman Allah dan takdirNya....



            Mendengar alunan ayat2 suci yang dihafaz oleh anakku begitu sayu hati ini..... Tergambar aku betapa dalam kehidupan yang sementara saja ni, aku perlu melakukan sesuatu sbg persediaan sebelum aku melangkah pergi..... Untuk suami dan permata2 hatiku perjuangan ini perlu diteruskan. Aku perlu kuat, bersemangat dan cekal. Sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai kakak....... Aku cuba untuk tidak mengalah dan hanya mengharapkan takdir.


            Usaha, tekad dan kesabaran adalah kunci kejayaan dalam sesebuah perjuangan..... Doa pula kesinambungan sebuah pengharapan kepada Allah yang Maha Besar.... Bermunajat selalu di samping berserah setelah mencuba sedaya upaya......Keyakinan bahawa kejayaan kan menanti di hadapan sana.... Itulah sebuah tinta abadi hakikat hidupnya insan ini yang penuh rahsia. Allah mencintai insanNya yang tabah. Yang penting kita masih bisa tersenyum di kala kesulitan mencelah, masih bisa bernafas di kala sesak menusuk2...... dan happy walaupun terluka.


            Untuk semua, ayuhlah nikmati rentak kehidupan ini dengan penuh kesyukuran. Walau di mana kita, walau siapapun kita, hidup ini nikmat paling agung anugerah dari Allah. Hayati setiap nafas kita dengan tinta perjuangan yang masih belum bertitik noktah. 




CORETAN
MAMA SALWA